pada zaman ini, setiap individu menjalani kehidupan mereka dengan bertunjangkan prinsip individualistik dan materialistik.sikap mereka yang seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing telah mewujudkan suasana yang tidak harmoni. Kita hendaklah mengamalkan sikap sopan -santun intuk mewujudkan suasana yang ama.
kita perlu mewujudkan perpaduan antara kaum. Nilai penerimaan harus diterapkan dalam kehidupan untuk membina sebuah negara bangsa. Konsep 'Satu Malaysia' yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri seharusnya disokong dan dijiwai. Sikap rambut sama hitam hati lain-lain harus disisihkan.
Selain itu, sikap sopan-santun dapat membentuk peribadi mulia pada diri kita. Seseorang yang berbudi pekerti mulia dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Orang yang bersopan juga dapat menjaga i mej keluarga kerana segala yang dilakukan tidak menconteng arang pada muka ibu bapanya.
Di samping itu, sikap sopan-santun dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Perkara ini dapat mewujudkan suasana negara yang aman, maju dan selamat kerana jiwa sepakat membawa berkat. Oleh itu, amalkanlah sikap sopan-santun demi memacu pembangunan negara ke arah kejayaan.
Sikap sopan-santun memainkan peranan signifikan dalam matlamat memajukan negara. Sekiranya kita mengamalkan nilai yang mulia ini, sudah tentu Wawasan 2020 tercapai kerana dimana ada kemahuan di situ ada jalan. | Today's readers: | ... | | Total readers: | ... | | Today's XP: | ... | | Total XP: | ... | | Suhu : | ... |
|